Cawangan sungai Sungai_Semenyih

Ada beberapa ranting sungai yang mengalir ke Sungai Semenyih.Antaranya ialah Sungai Tekala, Sungai Batangsi, Sungai Lalang, Sungai Macang, Sungai Rinching, Sungai Kembung, Sungai Saringgit, Sungai Purun, Sungai Ayam Mati dan lain-lain.

  • Sungai Tekala menjadi lokasi rekreasi kerana terdapat Air Terjun Sungai Tekala. Panjang Sungai Tekala kira-kira 1 km sahaja dan tingginya kira-kira 300 meter.
  • Sungai Batangsi terletak di belakang Kampung Pasir dan panjangnya 1 km juga. Terdapat jeram tetapi jalan ke lokasi ini tidak begitu baik.
  • Sungai Rinching melalui 3 buah kampung iaitu Kampung Rinching Hulu, Kampung Rinching Tengah dan Kampung Riching Hilir. Di Kampung Rinching Hilir, kuala sungai ini masuk ke Sungai Semenyih. Sungai ini mengalami pencemaran yang teruk akibat adanya ladang babi dan tempat pembuangan sampah.
  • Sungai Saringgit memisahkan Kampung Tanjung dengan Kampung Sentosa. Sungai ini semakin kering kerana hutan-hutan disekitarnya telah ditebang untuk pembinaan kawasan perumahan.
  • Sungai Purun melalui ladang kelapa sawit Ladang Kajang dan Zon Perindustrian Batu 2 Jalan Bangi Lama. Sungai ini mengalir ke Sungai Semenyih .
  • Sungai Ayam Mati atau Sungai Kampung Baru Cina melalui pasar di Kampung Baru Cina dan petempatan Kampung Baru. Hulu sungai ini terletak di Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah dan Taman Paling Jaya. Banjir kilat terjadi beberapa kali sehingga menjejaskan rumah-rumah di kira dan kanan sungai ini. Pada 2002, longkang kongkrit telah dibina dengan kedalaman 3 meter dan lebar 5 meter. Sejak itu sungai ini kelihatan cantik dan banjir kilat tidak berlaku lagi.